Ramalan Cuaca Kering

13 08 2010

Cuaca kering semasa Ramadan, hujan minggu pertama Aidilfitri

Berikut adalah merupakan petikan berita yang diambil dari Berita Harian Online:

2010/08/12

KUALA LUMPUR: Cuaca di Semenanjung Malaysia dijangka kering sepanjang Ramadan tetapi musim hujan semasa minggu pertama Hari Raya, menurut petugas Jabatan Meteorologikal Malaysia.

Beliau berkata pada bulan puasa cuaca boleh mencecah maksimum 33 darjah celcius pada siang dan minimum 24 darjah celcius pada malam.

“Mereka yang berpuasa pada Ramadan boleh mengalami penyahhidratan dengan cepat dan dinasihati minum banyak air,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Walaupun kemungkinan cuaca panas, katanya Malaysia masih mengalami monsun Baratdaya sehingga bulan depan dan hujan sekejap-kejap dijangka berlaku pada tiap hari.

“Hujan ribut petir dijangka berlaku sekali-kali di pantai Perlis, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Barat pada awal pagi. Negeri-negeri lain dijangka menerima hujan sekejap-kejap pada sebelah petang,” katanya.

Untuk minggu pertama Hari Raya, beliau berkata musim hujan akan berlaku yang dijangka di Semenanjung Malaysia, khasnya pada lewat petang berbanding bulan ini dan awal September.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.met.gov.my untuk mengetahui cuaca setiap hari di bandar raya utama dan bandar di Malaysia. – BERNAMA

Jadi kepada anda semua, dinasihatkan minumlah air banyak-banyak, terutamanya yang kerja tengah panas tu. Nanti kang ada yang terbuka puasa plak..hehe..apa pun ini hanyalah ramalan..yang pentingnya kuatkan semangat teguhkan iman walau apapun cabaran yang datang bulan puasa ni!

Jumpa lagi!


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: