MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

31 08 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KALI KE-53!!!!

Sempena hari yang berbahagia di bulan yang penuh kerahmatan ini marilah kita bersama-sama menghayati dan menilai semula apakah erti kemerdekaan sebenarnya kepada diri kita?

Berikut adalah merupakan sebuah sajak yg dipetik dari sebuah laman web yang penuh bermakna, jom kita hayati bersama!

INIKAH ERTI KEMERDEKAAN ?

Hatta,
setelah terjajah selama 40 dekad
setelah maruah dicalit penjajah
setelah hasil bumi dikaut pergi
dan setelah segalanya terasa rugi
baru kalian bangkit bersemangat…

Maka,
kini kau telah merdeka
kini kau telah mengecapi nikmatnya
kini kau telah sedar
dan kini kau tahu siapa kawan
siapa lawan …

Namun,
apalah ertinya merdeka
kalau kau tidak tahu mensyukurinya
apalah ertinya merdeka
kalau segalanya masih berkiblatkan penjajah
dan apalah ertinya merdeka
kalau kau masih tidak mahu berubah
tidak pun menjunjung kasih
jauh sekali mengenang budi.

Sesungguhnya,
biarpun masa berlalu pergi
masih ada esok untuk mencuba lagi
masih ada ruang untuk muhasabah diri
dan masih ada tempat untuk berdiri.

Pokoknya,
tanyalah diri
apalah ertinya merdeka
kalau hidup asyik bertekak
kalau hidup asyik bertuding jari
dan kalau hidup bagai musafir
yang masih tidak tahu arah berpergian
yang masih dangkal dalam keilmuan

Ingatlah
tanpa ilmu
hatta teknologi

mahupun jati diri
dan hanya tahu beretorik …
tidak mustahil kita

bakal dijajah lagi..

Dan kalau begitulah jadinya…
Jangan dikesali lagi…
Kerana sudah banyak kali diingati, dan
Belajarlah daripada SEJARAH dan Nikmat Kemerdekaan.

GANOS’08
SMJK CHUNG HWA, KOTA BHARU
Saat-saat manis pada tanggal 31hb Ogos 1957

Kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni serta saling hormat menghormati. Janganlah dicemarkan perpaduan yang telah kita bina selama ini dan mengganggu gugat hubungan sesama kaum yang menjadi tunjang kesejahteraan negara. Buang yg keruh ambillah yang jernih…moga negara kita akan terus maju dan rakyat hidup bersatu padu selamanya!

Kita adalah anak 1 Malaysia!! PROUD TO BE MALAYSIAN!!!


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: