Kem Syruz yang terletak di Machang Bubok, Bukit Mertajam, Pulau Pinang adalah merupakan sebuah pusat latihan khidmat negara yang dijalankan setiap tahun mulai Januari sehingga September. Terdapat pelbagai kemudahan disediakan samada kemudahan sukan lasak, latihan air, padang permainan, penginapan, santai, dewan majlis, bilik seminar, surau dan sebagainya.
Kini, Kem Syruz akan membuka dan memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri kemudahan-kemudahan latihan lasak dan rekreasi yang terdapat di kem ini mulai bulan September ini sehingga Disember 2010.
Pelbagai aktiviti disediakan untuk anda samada secara individu, berkumpulan ataupun keluarga. Anda tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak atau kemahiran yang tinggi untuk berada disini…kami mempunyai kepakaran untuk melatih dan memantau anda ketika anda berada disini. Malahan sekiranya anda datang secara bekeluarga, anak-anak anda juga boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti yang kami sediakan.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
- PENGINAPAN KADAR EKONOMI – Dormitori, Kabin, Rumah
- AKTIVITI LASAK & REKREASI – Flying Fox, Repelling, Rentas Halangan, Kayak, Rakit, Jungle Trekking, Elemen Rendah, Perkhemahan, Memancing
- PADANG PERMAINAN – Bolasepak, Bolasepak jalanan, Bola Tampar, Sepaktakraw, Bola Jaring, Sukaneka
- GELANGGANG RC – Kereta Kawalan jauh, Bot Kawalan Jauh, Heli
- SANTAI – Karaoke, Mini Cinema, Internet Wifi, Bilik TV (ASTRO)
- MAJLIS – Dewan Besar, Kelas, Bilik Mesyuarat, Bilik Seminar, Surau
- EXPLORACE & TREASURE HUNT
- TEAM BUILDING
- HARI KELUARGA
- PARTI / KENDURI
APA KELEBIHAN MEMILIH KEM SYRUZ SEBAGAI DESTINASI ANDA?
- Kadar Harga Terendah Ditawarkan
- Mempunyai Jurulatih yang Mahir
- Lokasi yang tenang dan sesuai untuk merehatkan minda
- Berdekatan dengan kemudahan asas spt Masjid, Balai Polis, Klinik dsb
- Tempat yang selesa disediakan
PAKEJ-PAKEJ DI TAWARKAN
- PAKEJ XTREME BERKUMPULAN – 2 Hari 1 Malam (Min. 4 org)
- PAKEJ SANTAI SEKELUARGA – 2 Hari 1 Malam ( Min 2 Dewasa, 2 Kanak-kanak)
- PAKEJ 9 TO 6 – Bermula jam 9 pagi sehingga 6 petang (Min 1 org)
- PAKEJ MINI – Anda boleh memilih apa jua aktiviti yang ingin anda lakukan ; Berkaraoke, Menonton Wayang, Memancing dsb (Harga berdasarkan aktiviti dipilih)
- PAKEJ PENGINAPAN – (Daftar Masuk : 2.00pm / Daftar Keluar : 12.00pm)
- Dorm – Min 2 org RM10.00 seorang
- Kabin – Min 2 org RM15.00 seorang (Berhawa Dingin)
- Rumah – 1 bilik RM40.00 (Max. 2 org)
Selain dari pakej-pakej diatas, kami juga menerima kedatangan anda samada secara perseorangan ataupun dari jabatan-jabatan kerajaan, universiti dan sekolah-sekolah. Anda boleh memilih sendiri aktiviti dan waktu yang diingini dan menyesuaikan dengan kehendak serta citarasa anda. Kami juga ada menyediakan jurulatih yang mahir sekiranya anda perlukan. Anda boleh datang untuk bersantai di kem kami sambil menikmati pemandangan dan ketenangan alam serta merehatkan minda!
PROMOSI!!! PROMOSI!!! PROMOSI!!!
- KAYAK – RM10.00/jam
- FLYING FOX – RM20.00/2 kali turun
- KARAOKE – RM10.00/jam
- MEMANCING – RM10.00/2 jam ( Joran & umpan sendiri ; 1 org 2 joran shj max. )
- LUMBA KERETA KAWALAN JAUH – RM2.00/15 min
- BOT KAWALAN JAUH – RM3.00/15 min
- MINI CINEMA – RM20/ bilik (max. 8 orang utk 1 tayangan ; tempahan awal diperlukan)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN, ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN : 04 – 540 2166
EMAIL : syruzcamp@yahoo.com
Waktu Pejabat : Isnin – Sabtu 8.30am – 5.30pm
Atau anda boleh datang terus ke Kem Syruz, sila KLIK DISINI untuk lokasi.
Jom datang beramai-ramai ke Kem Syruz hari ini!! Tidak kira samada anda orang perseorangan, pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja swasta atau kerajaan, bekeluarga atau tidak, kami mengalu-alukan kedatangan anda semua!!!
Leave a Reply